Saturday, June 7, 2008

Lawatan ke SK Kuala Besut


Teruja melihat pelbagai burung di mini zoo SKKB


Ayie takut tengok pasu senget.....!





Pada 2ohb Febuari 2008, Kelas PKBP SK Alor Lintah telah mengadakan lawatan integrasi ke Kelas PKBP SK Kuala Besut. Aktiviti lawatan yang sentiasa dilakukan pada setiap bulan. Bertujuan untuk merangsang minda pelajar memahami persekitaran baru yang berbeza. Kunjungan ke SKKB adalah pilihan yang tepat, Sebuah sekolah di pesisir pantai.
Prasarana yang diwujudkan sebagai lanskap di SK Kuala Besut telah memberi pengalaman baru kepada pelajar kami apabila mereka begitu berminat meneroka sangkar burung, kolam ikan keli dan taman herba yang terdapat di SKKB.
Lebih memeriahkan lagi apabila rombongan kami disambut dengan persembahan dikir barat oleh pelajar arus perdana dan tarian kuda kepang oleh pelajar PKBP SKKB. Pelajar PKBP SKAL kelihatan begitu teruja dan seronok dengan persembahan tersebut. Yang penting apa yang mahu dilihat, mereka juga mahu tampil ke depan dengan penuh berani dan yakin untuk membuat persembahan di atas pentas di suatu masa kelak, seperti yang pernah mereka saksikan di sini.

Selain jamuan dan ramah mesra warga SKKB kepada putera dan puteri kami. Sambutan yang diberikan kepada rombongan kami, membuatkan pihak pengurusan PKBP SKAL pening kepala, memikirkan bagaimana nanti untuk merangka sambutan yang hebat jika ada kunjungan balas ke SKAL. Apapun terima kasih SKKB.... tahun depan kami bercadang nak ke sana lagi...

1 comment:

PenyeliaKPM said...

salam ziarah..teruskan usaha anda