Thursday, November 19, 2009

Menyemarak Semangat TUDM


ceria dengan juruterbang Sukoi

Seronok berada di dalam pesawat Nuri




Tengoklah betapa khusyuknya mereka melihat technician TUDM sedang membuat "checking" ke atas pesawat

17hb November yang lalu, buat kali kedua murid kelas ini sekali lagi menerima kelulusan TUDM melawat Pangkalan Tentera Udara Gong Kedak.

Kali ini murid-murid dapat menyentuh dan beramah mesra dengan juruterbang pesawat Sukoi TUDM tercanggih ini. Mereka juga berkesempatan melihat bagaimana Jet Sukoi ini berlepas ke udara dari landasannya. Sebaik pesawat ini meninggalkan landasan naik ke langit, mereka begitu seronok lalu memberikan tepukan beramai-ramai. Tanda kepuasan melihat aksi di depan mereka yang selama ini hanya dapat dilihat di kaca televisyen. Pada lawatan lepas mereka tidak dapat peluang ini kerana beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.

Kakitangan TUDM begitu mesra memberikan layanan istimewa kepada murid-murid disepanjang lawatan ini. Mereka melayani karenah anak-anak ini tanpa rasa jemu. Ucapan terima kasih dan penghargaan kepada staff TUDM di atas layanan tersebut. Pastinya anak-anak ini mendapat pengalaman baru; melihat sendiri dari dekat pesawat pejuang yang sering mereka saksikan di awan biru, atas kepala mereka selama ini.

Insya-Allah, tahun depan mereka akan dibawa menaiki Malaysia Airlines dari Kota Bharu untuk lawatan ke Kuala Lumpur selama beberapa hari.

Setidaknya mereka dapat merasai satu pengalaman baru yang berharga dalam hidup mereka nanti.

Menyusuri Planetarium Kuala Terengganu

under construction

Sunday, October 11, 2009

Jamuan Aidil Fitri Anak Mutiara


Jamuan Aidil Fitri bagi kelas PKIBP SKAL telah berlangsung pada 8hb Okt yang lepas bertempat di kelas PKIBP.

Pada tahun ini suasananya bertambah ceria dengan kehadiran tetamu-tetamu undangan khas seperti Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Besut, Penolong-penolong pengarah Unit Pendidikan Khas, JPNT, Tuan Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Besut, dan badan swasta seperti kaitangan Tan Chong Motor Cawangan Jerteh dan Farmasi Ehsan yang menceriakan suasana jamuan Aidil Fitri kali ini.


Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Besut bersama Tuan Pegawai Pertahanan Awam Besut dan Tuan Guru Besar SKAL sedang menikmati juadah istimewa Jamuan Aidil Fitri Anak Mutiara di kelas PKIBP.


Penyelaras PKIBP Pn Hajah Najmiah mengiringi wakil Unit Pendidikan Khas JPNT; Pn Zarida (Penolong Pengarah) & Pn Tan (Penolong Pengarah) menikmati juadah Aidil Fitri.


Farmasis & kakitangan Farmasi Ehsan tidak pernah ketinggalan untuk bersama-sama memeriahkan suasana jamuan Aidil Fitri Kelas Anak Mutiara ini setiap tahun.


Begitu juga dengan kakitangan Tan Chong Motor Cawangan Jerteh.


Anak-anak di Kelas Mutiara ini juga sempat bergaya dengan baju raya masing-masing.


Guru-guru SKAL & ibubapa murid di kelas ini turut sama memeriahkan majlis pada tahun ini.


Staf PKIBP dengan guru-guru SKAL yang sentiasa memberi sokongan dalam menjayakan majlis ini.

Tuesday, October 6, 2009

Sekitar Program Hidroterapi Sindrom Down Daerah Besut


Murid SD dari SK Alor Lintah ini menjadi model dalam program ini.


Suasana terapi di air


Guru & Pembantu Murid terpaksa bertungkus lumus menenangkan murid yang pertama kali menjejak ke air laut.
Antara murid-murid Sindrom Down yang menyertai program terapi air kali ini.

Seramai 24 orang murid dari 14 buah sekolah kebangsaan dan menengah sekitar daerah Besut yang mempunyai kelas Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran telah menyertai program ini yang julung-julung kali diadakan di pantai Bukit Keluang, Besut. Program ini adalah kerjasama antara Pejabat Pelajaran Daerah Besut (Unit Pendidikan Khas) dengan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Besut.

Peserta program ini dikhaskan kepada murid dalam katogeri Sindrom Down. Setiap murid akan diiringi oleh guru atau PPM masing-masing bersama dengan pelajar di sepanjang program ini dilangsungkan.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah:
  1. Terapi di air
  2. Latihan Menjulur
  3. Sand Theraphy
Program yang diketuai oleh Che Alias Che Yusoff, ini merupakan percubaan awal untuk menjadikannya sebagai program rutin bulanan Unit Pendidikan Khas, PPD Besut pada 2010.

Program ini diperkenalkan kepada murid Sindrom Down PKIBP peringkat Besut selepas melihat perkembangan kejayaan yang dicapai oleh murid SD di PKIBP SK Alor Lintah yang menjalani terapi ini semenjak diperkenalkan pada pertengahan 2007.

Sunday, September 27, 2009

Jemputan Majlis Hari Raya 2009

Dengan segala hormatnya tuan/puan adalah dijemput ke

Majlis Sambutan Aidil Fitri 2009
Kelas Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran
SK Alor Lintah

masa
9.45 pagi hingga 11.30 pagi
Tarikh
10 Oktober 2009

Tempat
Kelas PKIBP

Jemputan Khas:
Y.B. Dato Seri Idris bin Jusoh, ADUN Kawasan JERTEH
Ketua Sektor & Staff Unit Pendidikan Khas, JPNT,
Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Besut,
PPDR Unit Pendidikan Khas PPD Besut,
Pegawai & Kakitangan Jabatan Pertahanan Awam Besut,
Pengurus & Staff Tan Chong Motor Caw. Jerteh,
Pengurus & Staff Farmasi Ihsan, Jerteh,
Dr. Safiah (Klinik Darul Iman), Alor Lintang,
Semua Guru & Kakitangan SKAL,
Ibubapa murid PKIBP SKAL.



Saturday, September 19, 2009

Salam Aidil Fitri

Warga Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran SK Alor Lintah mengucapkan
SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI
Maaf Zahir & Batin

Pihak PKIBP SKAL ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada
penderma yang masih sudi memberi sumbangan sempena bulan Ramadhan tahun ini
untuk anak-anak istimewa di sini.

Sekitar Hidroterapi 2009

Program Hidroterapi yang menjadi rutin program sekali sebulan bermula tahun lepas masih diteruskan dengan kerjasama yang erat daripada Jabatan Pertahanan Malaysia Besut.

Program ini diberi nilai tambah dengan mempraktikkan 3 kompenan aktiviti iaitu;
  1. Latihan di air
  2. Latihan Menjulur
  3. Sand Theraphy
Dari pengamatan kami, program ini telah berjaya memberi kesan langsung kepada perkembangan murid dalam P&P khasnya kepada pelajar katogeri Sindrom Down. Mereka mula menunjukkan self Confident dalam menuruti proses P&P di dalam kelas.



Kini kami baru menerima seorang pelajar dari katogeri Cerebral Pasly yang mempunyai masalah untuk bergerak secara normal. Namun semangat kerjasama yang dibentuk dalam diri murid-murid di sini, setakat ini telah berjaya membantu murid baru ini berminat untuk hadir ke sekolah setiap hari dengan bantuan ibubapa mereka.

Sekitar VMI Screening 2009



Murid PKIBP sedang tekun menjalani ujian VMI yang diadakan dengan bantuan daripada guru-guru arus perdana yang berminat untuk memahami ujian ini. Ujian VMI adalah untuk mengesan tahap sebenar perkembangan kognitif murid berbanding dengan umur kronologi.
Keputusan ujian ini kelak akan membantu guru-guru PKIBP merancang strategi dan perancangan stimulasi PnP yang sesuai dengan tahap abiliti sebenar murid berkenaan.


PROGRAM INKLUSIF MURID PKBP

Program ini mula diperkenalkan mulai tahun 2009 khusus untuk murid yang mempunyai kebolehan menguasai asas 3M dan berkeupayaan untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran pembelajaran secara formal dengan murid-murid lain di kelas arus perdana.

Murid-murid yang terpilih yakni seramai 5 orang ini diberikan proses orientasi inklusif di kelas tahun yang dikenal pasti sesuai dengan tahap keupayaan kognitif murid tanpa mengambil kira faktor kelas sebenar berdasarkan umur kronologi.


Bermakna murid tadi akan belajar mengikut keupayaan tahap sebenar mereka di kelas normal.

Sepanjang tempoh pembelajaran murid tersebut di kelas biasa, ianya akan dipantau khusus oleh seorang guru PKBP untuk memberikan "personal touch" kepada murid berkenaan terutama dalam menyiapkan latihan yang diberikan oleh guru yang mengajar di kelas terbabit. Keistimewaan murid tadi ialah mereka mendapat bimbingan khas dari guru yang bertindak memantau dan pemudahcara proses pembelajaran mereka.

Murid-murid tadi akan kembali ke kelas PKBP selepas tempoh waktu yang tertentu dan akan dinilai setiap masa.