Thursday, June 5, 2008

Hidroterapi


Posing dulu sebelum apa-apa...


Warming up dulu sebelum terjah ke kolam


Pengawasan dalam latihan sentiasa diberi keutamaan


Mula menunjukkan keberkesanan dalam pergerakan


Santai sekejap dalam break time


Abang...!! jangan takut!.. tengok kami..., relak jea!...

Sekali setiap bulan semua pelajar akan dibawa ke Kolam Renang Bukit Keluang Beach Resort untuk menjalani latihan terapi renang. Hideroterapi yang telah dilakukan setakat ini telah berjaya untuk membina dan mengukuh keyakinan dalam diri pelajar. Perkembangan pelajar dapat dinilai apabila berjaya memenuhi capaian yang telah ditetapkan kepada mereka. Pelajar mula ada keyakinan untuk melakukan fisioterapi yang dikendalikan. Jika sebelum ini perasaan mereka nampak takut dan rasa tidak selamat, kini kelihatan mereka kian seronok dan bertambah yakin untuk melakukan aktiviti tanpa tumpuan pengawasan yang ketat.

Latihan renang sememangnya bagus dan baik untuk perkembangan seorang kanak-kanak kerana kita melibatkan pergerakan psikomotor yang hampir menyeluruh. Selain membina kekuatan otot-otot, pelajar mula dapat membuat imbangan antara perkembangan psikomotor dengan perkembangan kognitif.

Keyakinan dalam diri amat penting untuk membantu mengembangkan kebolehan fizikal, emosi dan mental. Selain daripada pelajar menikmati suatu bentuk aktiviti yang menyeronokkan, ianya juga membuka ruang kepada pelajar untuk berinteraksi dengan persekitaran alam sekeliling mereka.

Sepanjang aktiviti ini dijalankan, faktor keselamatan diutamakan. Pengawasan yang ketat dilakukan untuk menjaga keselamatan semua pelajar. Pihak kami hanya memerlukan jurulatih yang berkemahiran dalam fisioterapi renang untuk memberi impak maksima terhadap aktiviti yang dijalankan ini. Sehubungan itu, amatlah dialu-alukan jika ada pihak yang sudi untuk menaja dan membantu program ini.

No comments: