Thursday, June 26, 2008

Sesi Pemilihan Karnival Permainan Pendidikan Khas Besut


Ini adalah wartawan dari stesen TV swasta yang membuat
liputan khas Sesi Pemilihan Karnival Permainan P.Khas daerah Besut
yang diadakan di SK Jabi pada 26hb Jun 2008.

Kategori Junior dalam permilihan pemain bagi acara bola sepak

Pemilihan pemain dalam Katogeri Senior.

Tak diduga mereka mempamerkan aksi yang hebat dan tangkas
seperti pemain profesional dalam Liga Malaysia.

Barisan pemain "Besut Team" yang akan ke peringkat negeri Terengganu.
Ada style macam Euro Team tak?....

Kunjungan ke Pusat "Mind Set"


Kunjungan pelajar PKBP ke Pusat "Mind Set" di tingkat 3,
Bangunan UMNO Bahagian Besut pada 24hb Jun 2008
turut diiringi oleh PK HEM SKAL; Pn Hjh Zaharah.


Pelajar diberi penerangan bagaimana mahu menyelesaikan
tugasan yang diberikan oleh pegawai di pameran tersebut.


Ketekunan dan keramahan petugas melayani karenah
pelajar kami mengamit kemesraan. Unsur yang sentiasa
dititikberatkan dalam mendidik mereka.

Pelajar kelihatan berminat dengan tugasan yang diberikan


Kegembiraan dan keceriaan yang ditunjukkan mereka
adalah sumber inspirasi kami untuk terus
mencari suatu yang berinteraktif dan berinovasi.

Wednesday, June 25, 2008

Terima Kasih kepada JPA Daerah Besut


Tuan Mej. Saabar turut turun padang sendiri untuk melihat program ini dijalankan.

Pihak SK Alor Lintah merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada Tuan Mej (PA) Saabar bin Haji Mat Amid dan pegawai-pegawai Jabatan Pertahanan Awam Daerah Besut di atas sokongan dan kerjasama yang diberikan untuk menjayakan program ini. Program seumpama ini adalah kali pertama diadakan di negeri ini. PKBP SK Alor Lintah telah memahat sejarah dalam memberikan suatu yang terbaik untuk pelajar istimewa mereka.

Ini disahkan oleh Tuan Mejar Saabar yang turut sama berada di lokasi untuk melihat program ini dijalankan, menyatakan kerjasama JPA dengan Kelas PKBP ini merupakan kali pertama diadakan di negeri Terengganu ini. Beliau berbangga melihat kerjasama ini telah berjaya mencapai objektif untuk memberikan suasana pembelajaran yang menyeronokkan kepada pelajar terbabit.

Selain diberi peluang untuk menikmati keindahan alam semula jadi di tepi laut, pelajar telah diberi tunjuk ajar cara berenang dan mengampungkan diri ketika berada di dalam air. Dengan sikap peramah dan mesra pegawai JPA juga, pelajar kelihatan seronok untuk melakarkan kreativiti masing-masing untuk membina gubahan objek daripada pasir pantai. Walaupun sesi program sudah tamat, pelajar seakan tidak mahu berhenti dan ada yang merayu supaya diadakan lagi.

Melihat ketabahan mereka ketika aktiviti dijalankan membuatkan tenaga pengurusan kelas ini bercadang untuk menjadikan program ini sebagai aktiviti bulanan wajib bagi kelas ini. Sebagai ganjaran kesungguhan pelajar membina "self confident" dalam diri masing-masing, pelajar telah dibawa menaiki bot JPA untuk membuat beberapa pusingan berhampiran pantai. Pelajar PKBP ini nyata begitu teruja dengan pengalaman yang mereka terokai dan keyakinan diri pelajar jelas terserlah selepas program ini dijalankan.

Tiada yang lebih membanggakan selain dapat memberikan anak-anak istimewa ini kegembiraan dan keseronokan untuk terus meneroka pengalaman pembelajaran berikutnya.

Hidroterapi 1


Aksi Sidi mengayakan cara-cara penyu naik ke darat
Wah..... pandai betul!....

Kerjasama jurulatih JPA dengan tenaga pengajar SKAL
dalam memastikan terapi ini dapat disempurnakan
dengan baik.

Pegawai JPA sedang memujuk salah seorang pelajar yang
kelihatan takut untuk turun ke air. Tak biasa jumpa laut.

Macam inilah aksi "superman" yang selalu keluar kat TV tu...
Aksi daripada Sidi; pelajar sindrom down yang aktif di sini.

Jom kita buat bukit... sapa yang lebih cepat..

Rehat sekejap.... selepas seronok berenang...

mempelajari cara-cara berenang dari jurulatih JPA

Pegawai JPA seronok melayan karenah pelajar membuat
binaan dari pasir pantai.

Pelajar dibawa menaiki bot JPA.. seronok

Pertandingan membuat binaan kreatif dari pasir pantai


Memastikan keselamatan terjamin, pegawai JPA dengan dibantu
oleh guru dan PPM sedang memastikan jaket keselamatan diikat dengan betul.

Sesi bergambar di hadapan menara JPA, Bukit Keluang
bersama "jurulatih" profesional.

Koordinator program sedang mengetuai sesi warming up

Betapa asyiknya pelajar ini memberikan post yang terbaik
untuk rakan-rakan sekelas.

Amacam... saya pun nak mandi laut gak!...
sapa nak ikut?...... jommmm!

"warming up" dulu. Gaya macam buat taichi....

Pelbagai aksi menarik dalam sesi "warming up"

Sunday, June 15, 2008

Guru Besar dan Kelas PKBP



Tidak dinafikan perkembangan dan perluasan aktiviti PKBP di sekolah ini banyak didasarkan kepada kerjasama dan persefahaman antara tenaga pengajar PKBP dengan pentadbiran sekolah yang sentiasa perihatin terhadap keperluan di kelas ini. Sungguhpun kelas ini banyak kekurangan fizikal dan fasiliti, namun masih berupaya untuk berperformasi sejajar dengan keperluan semasa yang dibanggakan. Sikap perihatin dan permudah cara Y.Brs Puan Hajah Sobariah bte Othman selaku Guru Besar (kini bertukar ke SK Kg. Nangka) dan Guru-guru Penolong Kanan yang lain, telah memberi inspirasi kepada tenaga penggerak kelas ini mengilham dan menrealisasikan program-program yang dapat membantu pelajar di sini menikmati suatu pengalaman pembelajaran yang konstuktif dan efektif.
Pengurusan baru di bawah Y.Brs En Azmi bin Yaacob (Guru Besar Baru) diharapkan dan diyakini akan dapat menterjemahkan kesinambungan untuk memastikan kelas ini menjadi sebuah kelas yang dibanggakan oleh pelajar dan guru SK Alor Lintah.

Penerapan nilai kerohanian & adab budaya






Asas menjadi insan yang terbilang apabila jati diri pelajar dibentuk dengan unsur kerohanian yang berkesan. Pembentukan nilai perlu dibentuk dari awal perkembangan seorang pelajar. Kelas PKBP di sini mengusahakan pakej lengkap untuk membina pelajar menjadi seorang yang teristimewa yang unggul dari segi jasmani dan rohani. Latihan amali amat penting kepada pelajar di sini untuk memudahkan mereka memahami tanggungjawab asas sebagai seorang Islam, iaitu mempelajari bagaimana mendirikan solat dengan betul. Selain mempelajari adab-adab tertib dalam kehidupan seharian yang perlu ada pada setiap insan yang mahu bergelar insan syumul.

Literasi Komputer





Sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat masa kini, pelajar di sini tidak dilupakan untuk menerima aliran arus perkembangan tersebut. Pelajar di sini didedahkan dengan dunia ICT. Pembelajaran menggunakan teknologi sebegini sememangnya menarik minat pelajar untuk memberi fokus kepada pembelajaran. Menjadikan pembelajaran sesuatu yang menyeronokkan kepada mereka untuk menerokai pengalaman baru.

Kesihatan dan rawatan



Setiap pelajar kelas PKBP di sini akan menjalani pemeriksaan kesihatan dari masa ke semasa untuk memastikan tahap kesihatan mereka terjamin. Rutin pemeriksaan kesihatan bergantung kepada keperluan yang ditentukan oleh pihak tenaga pengajar di sini. Jika keadaan memerlukan, pelajar yang terbabit akan dirujuk kepada klinik kesihatan terdekat untuk mendapat rawatan atau konsultansi.
Pihak pengurusan akan memaklumkan kepada ibubapa pelajar terbabit untuk memastikan kesinambungan penjagaan kesihatan berterusan di rumah.

Perkhemahan Mega PKBP Terengganu 2007


Putera PKBP SKAL; Adik Mohd Nizam dan Mohd Fadhli telah dipilih untuk menyertai Perkhemahan Mega PKBP Peringkat Negeri Terengganu yang diadakan di Bukit Kolam, Hulu Terengganu.

Peluang menyertai rakan-rakan sebaya daripada seluruh pelusuk daerah di Terengganu dalam pelbagai aktiviti.

Bersama "Instant Adopted Mother" ketika mengikuti aktiviti kembara.


Keyakinan, ketabahan, kehebatan dan kegembiraan bila melalui aktiviti ini.
Menghayati bagaimana menjadi seekor burung yang terbang di udara.


Pengalaman bergaul sesama kawan dari daerah yang berbeza merupakan pengalaman yang baik untuk setiap peserta.

Bersiap sedia untuk buat landing....

Lawatan ke Pusat Giat Mara Besut


S/U PKBP SKAL menyampaikan cenderamata kepada Pengurus PGM Besut, sebagai tanda ingatan sempena lawatan PKBP SKAL ke PGM Besut.


Pelatih PGM Besut sedang menunjukkan cara menjahit yang betul



Tenaga Pengajar PGM Besut; En. Saiful sedang memerhati pelatih PGM yang membantu salah seorang pelajar PKBP SKAL membuat jahitan.


Amboi...! seronoknya mereka dapat berinteraksi dengan pelatih bengkel jahitan PGM Besut.