
Guru memberi idea dan pelajar mencuba...
.jpg)
Praktikal membuat batas sayur sambil diperhati rakan-rakan kelas.

Setiap pagi semua pelajar akan dilatih untuk menguruskan kawasan pertanian ini. Belajar memahami bagaimana tumbuh-tumbuhan hidup. Mereka dilatih untuk mematuhi tanggungjawab dan kerjasama dalam melakukan tugasan yang diberi. Mereka belajar memerhati perkembangan tumbesaran tanaman yang dijaga. Di kawasan ini juga dilakukan proses pembelajaran interaktif terutamanya penggabungjalinan subjek sains, matematik, english dan bahasa Malaysia. Unjuran pembelajaran begini lebih interaktif dan konkrit.
Bagi memperluaskan perkembangan pelajar mengenai keperluan bidang pertanian dalam kehidupan, pengurusan kelas ini telah mengambil inisiatif mengadakan lawatan ke KETARA, Besut. Pelajar dibawa ke sawah padi dan mengenali jentera dan bagaimana beras dihasilkan. Selepas ini pihak pengurusan bercadang untuk mengadakan lawatan ke Kompleks Perikanan Besut, untuk memberi kefahaman bagaimana proses ikan ditangkap dari laut. Pendedahan dan pengukuhan secara praktikal begini akan memudahkan pelajar memahami sesuatu pembelajaran dengan lebih konkrit. Selain pembelajaran yang menyeronokkan, proses asimilisasi pelajar kelihatan lebih efektif.
No comments:
Post a Comment