Monday, August 25, 2008

Perlukan Tambahan Bilik Kelas

Semenjak diperkenalkan program dan aktiviti berbentuk interaktif, Kelas Seri Mutiara PKBP SK Alor Lintah mula mendapat tempat di kalangan ibubapa yang tinggal di kawasan sekitar SKAL.

Hingga kini bilangan murid sudah bertambah 20 orang. Keadaan ini menjadikan suasana kelas ini semakin padat dan sesak.

Diharapkan fasiliti dan prasarana kelas ini dapat dikembangkan dan ditingkatkan untuk memberikan suasana yang kondunsif kepada pelajar. Pemeringkatan pembangunan bilik di kelas ini diharapkan dapat disegerakan dan diberi perhatian oleh pihak-pihak yang berkaitan meskipun dalam suasana pembelanjaan berhemah mutakhir ini.
Keperihatinan semua pihak untuk memastikan suasana pembelajaran di kelas ini berlangsung dengan efektif dan berkolaborasi amatlah dihargai.

No comments: