Sunday, October 11, 2009

Jamuan Aidil Fitri Anak Mutiara


Jamuan Aidil Fitri bagi kelas PKIBP SKAL telah berlangsung pada 8hb Okt yang lepas bertempat di kelas PKIBP.

Pada tahun ini suasananya bertambah ceria dengan kehadiran tetamu-tetamu undangan khas seperti Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Besut, Penolong-penolong pengarah Unit Pendidikan Khas, JPNT, Tuan Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Besut, dan badan swasta seperti kaitangan Tan Chong Motor Cawangan Jerteh dan Farmasi Ehsan yang menceriakan suasana jamuan Aidil Fitri kali ini.


Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Besut bersama Tuan Pegawai Pertahanan Awam Besut dan Tuan Guru Besar SKAL sedang menikmati juadah istimewa Jamuan Aidil Fitri Anak Mutiara di kelas PKIBP.


Penyelaras PKIBP Pn Hajah Najmiah mengiringi wakil Unit Pendidikan Khas JPNT; Pn Zarida (Penolong Pengarah) & Pn Tan (Penolong Pengarah) menikmati juadah Aidil Fitri.


Farmasis & kakitangan Farmasi Ehsan tidak pernah ketinggalan untuk bersama-sama memeriahkan suasana jamuan Aidil Fitri Kelas Anak Mutiara ini setiap tahun.


Begitu juga dengan kakitangan Tan Chong Motor Cawangan Jerteh.


Anak-anak di Kelas Mutiara ini juga sempat bergaya dengan baju raya masing-masing.


Guru-guru SKAL & ibubapa murid di kelas ini turut sama memeriahkan majlis pada tahun ini.


Staf PKIBP dengan guru-guru SKAL yang sentiasa memberi sokongan dalam menjayakan majlis ini.

2 comments:

Anakkhas said...

assalammualaikom..

tambah bilangan pelawat blog anda iklankan di Himpunan blog pendidikan khas klik di sini http://bloganakkhas.blogspot.com jadilah follower dan kita kukuhkan komuniti PPKI di malaysia Insyaallah

siti said...

salam...saya nk tnya, ada tak kekosongan jawatan PPM di SKAL ni, saya dr kedah nk tukar ke terengganu..ssuami saya kerja di gong kedak