Sunday, October 11, 2009

Jamuan Aidil Fitri Anak Mutiara


Jamuan Aidil Fitri bagi kelas PKIBP SKAL telah berlangsung pada 8hb Okt yang lepas bertempat di kelas PKIBP.

Pada tahun ini suasananya bertambah ceria dengan kehadiran tetamu-tetamu undangan khas seperti Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Besut, Penolong-penolong pengarah Unit Pendidikan Khas, JPNT, Tuan Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Besut, dan badan swasta seperti kaitangan Tan Chong Motor Cawangan Jerteh dan Farmasi Ehsan yang menceriakan suasana jamuan Aidil Fitri kali ini.


Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Besut bersama Tuan Pegawai Pertahanan Awam Besut dan Tuan Guru Besar SKAL sedang menikmati juadah istimewa Jamuan Aidil Fitri Anak Mutiara di kelas PKIBP.


Penyelaras PKIBP Pn Hajah Najmiah mengiringi wakil Unit Pendidikan Khas JPNT; Pn Zarida (Penolong Pengarah) & Pn Tan (Penolong Pengarah) menikmati juadah Aidil Fitri.


Farmasis & kakitangan Farmasi Ehsan tidak pernah ketinggalan untuk bersama-sama memeriahkan suasana jamuan Aidil Fitri Kelas Anak Mutiara ini setiap tahun.


Begitu juga dengan kakitangan Tan Chong Motor Cawangan Jerteh.


Anak-anak di Kelas Mutiara ini juga sempat bergaya dengan baju raya masing-masing.


Guru-guru SKAL & ibubapa murid di kelas ini turut sama memeriahkan majlis pada tahun ini.


Staf PKIBP dengan guru-guru SKAL yang sentiasa memberi sokongan dalam menjayakan majlis ini.

Tuesday, October 6, 2009

Sekitar Program Hidroterapi Sindrom Down Daerah Besut


Murid SD dari SK Alor Lintah ini menjadi model dalam program ini.


Suasana terapi di air


Guru & Pembantu Murid terpaksa bertungkus lumus menenangkan murid yang pertama kali menjejak ke air laut.
Antara murid-murid Sindrom Down yang menyertai program terapi air kali ini.

Seramai 24 orang murid dari 14 buah sekolah kebangsaan dan menengah sekitar daerah Besut yang mempunyai kelas Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran telah menyertai program ini yang julung-julung kali diadakan di pantai Bukit Keluang, Besut. Program ini adalah kerjasama antara Pejabat Pelajaran Daerah Besut (Unit Pendidikan Khas) dengan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Besut.

Peserta program ini dikhaskan kepada murid dalam katogeri Sindrom Down. Setiap murid akan diiringi oleh guru atau PPM masing-masing bersama dengan pelajar di sepanjang program ini dilangsungkan.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah:
  1. Terapi di air
  2. Latihan Menjulur
  3. Sand Theraphy
Program yang diketuai oleh Che Alias Che Yusoff, ini merupakan percubaan awal untuk menjadikannya sebagai program rutin bulanan Unit Pendidikan Khas, PPD Besut pada 2010.

Program ini diperkenalkan kepada murid Sindrom Down PKIBP peringkat Besut selepas melihat perkembangan kejayaan yang dicapai oleh murid SD di PKIBP SK Alor Lintah yang menjalani terapi ini semenjak diperkenalkan pada pertengahan 2007.