Showing posts with label s/u. Show all posts
Showing posts with label s/u. Show all posts

Sunday, June 15, 2008

Perkhemahan Mega PKBP Terengganu 2007


Putera PKBP SKAL; Adik Mohd Nizam dan Mohd Fadhli telah dipilih untuk menyertai Perkhemahan Mega PKBP Peringkat Negeri Terengganu yang diadakan di Bukit Kolam, Hulu Terengganu.

Peluang menyertai rakan-rakan sebaya daripada seluruh pelusuk daerah di Terengganu dalam pelbagai aktiviti.

Bersama "Instant Adopted Mother" ketika mengikuti aktiviti kembara.


Keyakinan, ketabahan, kehebatan dan kegembiraan bila melalui aktiviti ini.
Menghayati bagaimana menjadi seekor burung yang terbang di udara.


Pengalaman bergaul sesama kawan dari daerah yang berbeza merupakan pengalaman yang baik untuk setiap peserta.

Bersiap sedia untuk buat landing....

Lawatan ke Pusat Giat Mara Besut


S/U PKBP SKAL menyampaikan cenderamata kepada Pengurus PGM Besut, sebagai tanda ingatan sempena lawatan PKBP SKAL ke PGM Besut.


Pelatih PGM Besut sedang menunjukkan cara menjahit yang betul



Tenaga Pengajar PGM Besut; En. Saiful sedang memerhati pelatih PGM yang membantu salah seorang pelajar PKBP SKAL membuat jahitan.


Amboi...! seronoknya mereka dapat berinteraksi dengan pelatih bengkel jahitan PGM Besut.


Saturday, June 14, 2008

Melawat Jelapang Padi


Melawat pejabat KETARA sebelum menjelajah Jelapang Padi


Pelajar PKBP SKAL melawat kawasan jelapang padi Terengganu




Pegawai KETARA membawa pelajar melihat pintu air untuk mengairi sawah padi


Menyusuri batas sawah padi untuk melihat tanaman padi pulut di kawasan jelapang

Saturday, June 7, 2008

Lawatan ke SK Jabi



Rombongan kami juga meneruskan "karnival jelajah" ke SK Jabi. Ikatan silatulrahim antara dua sekolah ini semakin erat dengan lawatan yang direncanakan. Lawatan ke sini memberikan kesempatan kepada pelajar menyertai aktiviti "Melukis dan Mewarna" yang dianjurkan oleh PKBP SK Jabi sempena lawatan rombongan kami. Melihat interaksi di kalangan pelajar sewaktu aktiviti berjalan, kami merasakan antara objektif Karnival Jelajah ini mula dicapai.
Sebagai tanda ingatan, rombongan kami juga diberikan setiap pelajar dengan hadiah istimewa sebagai buah tangan. Terima kasih SK Jabi....

Lawatan ke SK Kuala Besut


Teruja melihat pelbagai burung di mini zoo SKKB


Ayie takut tengok pasu senget.....!





Pada 2ohb Febuari 2008, Kelas PKBP SK Alor Lintah telah mengadakan lawatan integrasi ke Kelas PKBP SK Kuala Besut. Aktiviti lawatan yang sentiasa dilakukan pada setiap bulan. Bertujuan untuk merangsang minda pelajar memahami persekitaran baru yang berbeza. Kunjungan ke SKKB adalah pilihan yang tepat, Sebuah sekolah di pesisir pantai.
Prasarana yang diwujudkan sebagai lanskap di SK Kuala Besut telah memberi pengalaman baru kepada pelajar kami apabila mereka begitu berminat meneroka sangkar burung, kolam ikan keli dan taman herba yang terdapat di SKKB.
Lebih memeriahkan lagi apabila rombongan kami disambut dengan persembahan dikir barat oleh pelajar arus perdana dan tarian kuda kepang oleh pelajar PKBP SKKB. Pelajar PKBP SKAL kelihatan begitu teruja dan seronok dengan persembahan tersebut. Yang penting apa yang mahu dilihat, mereka juga mahu tampil ke depan dengan penuh berani dan yakin untuk membuat persembahan di atas pentas di suatu masa kelak, seperti yang pernah mereka saksikan di sini.

Selain jamuan dan ramah mesra warga SKKB kepada putera dan puteri kami. Sambutan yang diberikan kepada rombongan kami, membuatkan pihak pengurusan PKBP SKAL pening kepala, memikirkan bagaimana nanti untuk merangka sambutan yang hebat jika ada kunjungan balas ke SKAL. Apapun terima kasih SKKB.... tahun depan kami bercadang nak ke sana lagi...

Thursday, June 5, 2008

Innovasi Pertanian


Guru memberi idea dan pelajar mencuba...


Praktikal membuat batas sayur sambil diperhati rakan-rakan kelas.

Bermula awal tahun 2008, pihak sekolah telah menyediakan sebidang tanah di bersebelahan kelas PKBP untuk dijadikan kawasan innovasi pertanian kelas PKBP. Setakat ini kawasan tersebut di tanam dengan serai hormon, sayur kangkung dan ubi kayu.

Setiap pagi semua pelajar akan dilatih untuk menguruskan kawasan pertanian ini. Belajar memahami bagaimana tumbuh-tumbuhan hidup. Mereka dilatih untuk mematuhi tanggungjawab dan kerjasama dalam melakukan tugasan yang diberi. Mereka belajar memerhati perkembangan tumbesaran tanaman yang dijaga. Di kawasan ini juga dilakukan proses pembelajaran interaktif terutamanya penggabungjalinan subjek sains, matematik, english dan bahasa Malaysia. Unjuran pembelajaran begini lebih interaktif dan konkrit.


Bagi memperluaskan perkembangan pelajar mengenai keperluan bidang pertanian dalam kehidupan, pengurusan kelas ini telah mengambil inisiatif mengadakan lawatan ke KETARA, Besut. Pelajar dibawa ke sawah padi dan mengenali jentera dan bagaimana beras dihasilkan. Selepas ini pihak pengurusan bercadang untuk mengadakan lawatan ke Kompleks Perikanan Besut, untuk memberi kefahaman bagaimana proses ikan ditangkap dari laut. Pendedahan dan pengukuhan secara praktikal begini akan memudahkan pelajar memahami sesuatu pembelajaran dengan lebih konkrit. Selain pembelajaran yang menyeronokkan, proses asimilisasi pelajar kelihatan lebih efektif.

Hidroterapi


Posing dulu sebelum apa-apa...


Warming up dulu sebelum terjah ke kolam


Pengawasan dalam latihan sentiasa diberi keutamaan


Mula menunjukkan keberkesanan dalam pergerakan


Santai sekejap dalam break time


Abang...!! jangan takut!.. tengok kami..., relak jea!...

Sekali setiap bulan semua pelajar akan dibawa ke Kolam Renang Bukit Keluang Beach Resort untuk menjalani latihan terapi renang. Hideroterapi yang telah dilakukan setakat ini telah berjaya untuk membina dan mengukuh keyakinan dalam diri pelajar. Perkembangan pelajar dapat dinilai apabila berjaya memenuhi capaian yang telah ditetapkan kepada mereka. Pelajar mula ada keyakinan untuk melakukan fisioterapi yang dikendalikan. Jika sebelum ini perasaan mereka nampak takut dan rasa tidak selamat, kini kelihatan mereka kian seronok dan bertambah yakin untuk melakukan aktiviti tanpa tumpuan pengawasan yang ketat.

Latihan renang sememangnya bagus dan baik untuk perkembangan seorang kanak-kanak kerana kita melibatkan pergerakan psikomotor yang hampir menyeluruh. Selain membina kekuatan otot-otot, pelajar mula dapat membuat imbangan antara perkembangan psikomotor dengan perkembangan kognitif.

Keyakinan dalam diri amat penting untuk membantu mengembangkan kebolehan fizikal, emosi dan mental. Selain daripada pelajar menikmati suatu bentuk aktiviti yang menyeronokkan, ianya juga membuka ruang kepada pelajar untuk berinteraksi dengan persekitaran alam sekeliling mereka.

Sepanjang aktiviti ini dijalankan, faktor keselamatan diutamakan. Pengawasan yang ketat dilakukan untuk menjaga keselamatan semua pelajar. Pihak kami hanya memerlukan jurulatih yang berkemahiran dalam fisioterapi renang untuk memberi impak maksima terhadap aktiviti yang dijalankan ini. Sehubungan itu, amatlah dialu-alukan jika ada pihak yang sudi untuk menaja dan membantu program ini.